Saturday, 6 July 2019

PENGENALAN

Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna dalam kerja-kerja elektrik dan elektronik. Ia boleh berfungsi sebagai meter volt, meter ampere dan meter ohm.

Ia juga digunakan untuk tujuan pengukuran dan pengujian sesuatu alat atau komponen seperti mengukur bacaan voltan arus terus (VDC), voltan arus ulangalik (VAC), mengukur nilai rintangan dan juga mengukur arus di dalam sesuatu litar. Di samping itu ia  dapat menentukan samada komponen itu berada dalam keadaan baik atau tidak sebelum digunakan dan  dapat  digunakan untuk mengesan kerosakan di dalam litar.


Multimeter  terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

i.      Multimeter Analog
ii.     Multimeter Digital


Multimeter Analog

Multimeter jenis ini adalah banyak sekali digunakan tetapi bacaan yang diperolehi kurang tepat  kerana ianya adalah bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengendalikannya.  Kemahiran dalam menentukan  bacaan adalah penting kerana ianya ini akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi



Multimeter Analog


Multimeter Digital

Jenis ini adalah amat sesuai digunakan untuk memperolehi bacaan yang tepat kerana ianya dalam bentuk digital atau berdigit yang dipamerkan pada skrin.  Bacaan yang diperolehi adalah lebih tepat berbanding multimeter analog. Ada beberapa brand yang recommended seperti Fluke, Sanwa, Kyoritsu, Vici & Uni-T


Multimeter Digital


Multimeter mempunyai tiga bahagian :-

1.   Display
2.   Selection Knob
3.   Ports

Display biasanya mempunyai empat digit dan keupayaan untuk memaparkan tanda negatif. Beberapa multimeter ada fungsi lampu yang memancarkan paparan untuk kelihatan lebih baik dalam keadaan persekitaran gelap.

Selection Knob membolehkan pengguna untuk menetapkan multimeter untuk membaca perkara-perkara yang berbeza seperti Voltan (V), Rintangan (Ω), Diode, Keterusan dan sebagainya.

Ports adalah dimana kabel probe merah (+)  dan hitam (-) disambungkan.



Ujian Voltan Arus Terus (VDC) pada bateri




Ujian Capacitance pada capacitor




Ujian Keterusan pada kabel




Ujian diode

Thursday, 4 July 2019

Kipas Panasonic Slow & Berbunyi Bising - Taman Delima Juru, Penang

Dapat call dari akak ni..
.
“Salam tuan, kipas rumah akak
ada 3 biji, jenis remote jenama Panasonic, 
tapi semua jadi slow sangat, 
yang lagi satu tu bunyi bising..
Boleh datang tukar kipas baru tak semua..
Tak tahan bunyi..angin pun tak rasa, kesian anak2 akak..”
Lebih kurang mcm tu la,
Dengar akak ni merungut..
.
Aku bgthu, tak pe kak, biar technician
Pegi check dulu, kalau masalah kritikal baru 
saya suggest tukar baru..
.
Bila cek, board je problem,
Terus tech buat on the spot
Dan satu lagi masalah bearing
Team cabut, dan tukar bearing baru
.
Bukan tak galakkan beli baru,
Di kipaspro pun, banyak kipas baru
Cuma, ada kelebihan bila team dapat troubleshoot
 dan selesai masalah kipas.
.
Kalau setakat masalah slow,
Bising 99% boleh dibaiki
Cuma, ramai yang tak tahu je
.
Kan melayang dekat RM 1,000 kalau tukar 3 biji semua tadi? 

.
#kipaspro











Kelas Membaiki Kipas Angin / Fan Repair Course - Cara Baiki Kipas dengan Betul












Kelas Asas Membaiki Kipas Angin yang diadakan di premis kami pd 29 Jun 2019 iaitu seramai 16 orang peserta antaranya berasal dari sekitar Penang, Kedah dan Pahang. 

Tips Cara Pilih Capacitor yang Betul Untuk Kipas Angin



Tips Pemilihan Capacitor Yang Baik Pada Kipas Angin




Ini adalah beberapa jenis kapasitor yang selalu digunakan dalam industri. Untuk penerangan lebih jelas, sila klik link di bawah.



Kipas Rosak? Kipaspro.com
Waze : kipaspro.com
019 - 417 1762

PENGENALAN Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna dalam kerja-kerja elektrik dan elektronik. Ia boleh berf...