PENGENALAN
Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat
berguna dalam kerja-kerja elektrik dan elektronik. Ia boleh berfungsi sebagai
meter volt, meter ampere dan meter ohm.
Ia juga digunakan untuk tujuan pengukuran dan pengujian
sesuatu alat atau komponen seperti mengukur bacaan voltan arus terus (VDC),
voltan arus ulangalik (VAC), mengukur nilai rintangan dan juga mengukur arus di
dalam sesuatu litar. Di samping itu ia
dapat menentukan samada komponen itu berada dalam keadaan baik atau
tidak sebelum digunakan dan dapat digunakan untuk mengesan kerosakan di dalam
litar.
Multimeter terbahagi
kepada 2 jenis iaitu:
i. Multimeter Analog
ii. Multimeter Digital
Multimeter Analog
Multimeter jenis ini adalah banyak sekali digunakan tetapi
bacaan yang diperolehi kurang tepat
kerana ianya adalah bergantung kepada kemahiran seseorang itu
mengendalikannya. Kemahiran dalam
menentukan bacaan adalah penting kerana
ianya ini akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi
Multimeter Analog
Multimeter Digital
Jenis ini adalah amat sesuai digunakan untuk memperolehi
bacaan yang tepat kerana ianya dalam bentuk digital atau berdigit yang
dipamerkan pada skrin. Bacaan yang
diperolehi adalah lebih tepat berbanding multimeter analog. Ada beberapa brand
yang recommended seperti Fluke, Sanwa,
Kyoritsu, Vici & Uni-T
Multimeter Digital
Multimeter mempunyai tiga bahagian :-
1. Display
2. Selection
Knob
3. Ports
Display biasanya mempunyai empat digit dan
keupayaan untuk memaparkan tanda negatif. Beberapa multimeter ada fungsi lampu yang
memancarkan paparan untuk kelihatan lebih baik dalam keadaan persekitaran
gelap.
Selection Knob membolehkan pengguna untuk
menetapkan multimeter untuk membaca perkara-perkara yang berbeza seperti Voltan
(V), Rintangan (Ω), Diode, Keterusan dan sebagainya.
Ports adalah dimana kabel probe merah (+) dan hitam (-) disambungkan.
Ujian Voltan Arus Terus (VDC) pada
bateri
Ujian Capacitance pada capacitor
Ujian Keterusan pada kabel
Ujian diode
No comments:
Post a Comment